Saya ingin bercerita sedikit mengenai ragam/attitude manusia ni. Saya berasa pelik dan hairan kenapa ada manusia di dunia ini yang suka menolak informasi/ilmu. Maksud saya di sini adalah, sudahlah dirinya tidak berilmu, apabila datang seseorang kepadanya dan memberitahu perkara yang benar, ditolaknya mentah2. Alahai..ruginya golongan manusia seperti ini.
Ceritanya bermula apabila saya memberitahu seorang kawan yang gemar mewarna rambut supaya lebih peka dan berhati-hati kerana kesan jangka panjang mewarna rambut menyebabkan seseorang menghidapi kanser kulit kepala. Saya memberitahu padanya bahawa doktor telah membuat kajian dan mereka telah menyiarkan di televisyen. Apa yang golongan menolak ilmu ini berkata pada saya adalah, saya ni seorang surirumah yang cepat terpengaruh dengan cerita2 seperti ini.
Sakitnya hati saya tidak terkata. Saya membuat keputusan menjadi seorang surirumah atas kerelaan diri saya. Tiada langsung paksaan dari mana2 pihak. Apa yang saya kesalkan adalah sikap manusia yang langsung tidak menghargai keperihatinan orang lain terhadap dirinya dan menolak ilmu mentah2.
No comments:
Post a Comment