Tuesday, November 17, 2009

Jangan Tolak Ilmu

Assalamualaikum,

Saya ingin bercerita sedikit mengenai ragam/attitude manusia ni. Saya berasa pelik dan hairan kenapa ada manusia di dunia ini yang suka menolak informasi/ilmu. Maksud saya di sini adalah, sudahlah dirinya tidak berilmu, apabila datang seseorang kepadanya dan memberitahu perkara yang benar, ditolaknya mentah2. Alahai..ruginya golongan manusia seperti ini.

Ceritanya bermula apabila saya memberitahu seorang kawan yang gemar mewarna rambut supaya lebih peka dan berhati-hati kerana kesan jangka panjang mewarna rambut menyebabkan seseorang menghidapi kanser kulit kepala. Saya memberitahu padanya bahawa doktor telah membuat kajian dan mereka telah menyiarkan di televisyen. Apa yang golongan menolak ilmu ini berkata pada saya adalah, saya ni seorang surirumah yang cepat terpengaruh dengan cerita2 seperti ini.

Sakitnya hati saya tidak terkata. Saya membuat keputusan menjadi seorang surirumah atas kerelaan diri saya. Tiada langsung paksaan dari mana2 pihak. Apa yang saya kesalkan adalah sikap manusia yang langsung tidak menghargai keperihatinan orang lain terhadap dirinya dan menolak ilmu mentah2.

Thursday, September 3, 2009

Burgerdil

Assalamualaikum,

Ramuan:
1.Daging lembu hancur 500 gm
2.Ubi kentang 4biji
3.Telur ayam 1 biji
4.Daun sup 5 batang (diracik halus)
5.Lada hitam secukup rasa
6.Garam halus secukup rasa

1.Kupas kulit ubi kentang dan rebus sehingga empuk.Toskan. Lenyek ubi kentang sampai hancur.
2.Masukkan daging hancur. Gaulkan bersama kentang.
3.Masukkan lada hitam,daun sup dan garam secukup rasa. Gaul sampai rata.
4.Buat bentuk bebola terlebih dahulu kemudian leperkan sedikit.
5.Didalam bekas yang lain,pecahkan sebiji telur ayam dan pukul.
6.Celup burgedil dalam telur ayam dan goreng.

Selamat Mencuba!




Sebelum digoreng, bila dah goreng tak sempat nak ambil gambar sebab dah kena sambar dengan anak2&suami :)


Wednesday, May 27, 2009

Tip Berjimat Cermat

Assalamualaikum,

1.Letakkan sayur2 hijau yang dah rosak/layu ke dalam pasu/bekas tanaman anda (baja organik).
2.Siram tanaman guna air basuhan beras. 

Jimat bukan? Selamat Mencuba!

Thursday, May 21, 2009

Tip Menghilangkan Bau Kasut

Assalamualaikum,

1. Masukkan serbuk teh (yang belum diguna ) ke dalam kain net dan ikat.
2. Gunting lebihan net yg tak diperlukan.
3. Masukkan ke dalam kasut.

selamat mencuba

Saturday, March 14, 2009

Tip Menjimatkan Masa - Menghilangkan Kesan Hangus di Dalam Periuk

1. Buang / salin segala sisa makanan yang ada dalam periuk.
2. Cuci periuk dengan air sehingga bersih.
3.Curahkan sedikit cuka masakan ke dalam periuk dan rebus sehingga kesan hangus hilang.

Selamat Mencuba.