Thursday, July 10, 2008

Tip Menjimatkan Masa - Beg Kembara

Assalamualaikum

Untuk mengelakkan anda daripada terpaksa mengemas barang2 setiap kali ingin bermalam di sesuatu tempat dan tertinggal salah satu senarai barang2 yang ingin dibawa, sediakan satu beg khas berisi berus gigi, ubat gigi, syampoo, sabun, sikat, tuala muka dan sebagainya yang dirasakan perlu. Pastikan beg tersebut sedia untuk dibawa pada bila2 masa. Mudah kan?

Wednesday, July 9, 2008

Tip Menjimatkan Masa - Membersihkan Oven

Assalamualaikum

Untuk mengelakkan daripada menghabiskan masa terlalu lama membersihkan kotoran di dalam oven / diatas dapur gas , amalkan mengelap kawasan terbabit setiap kali selepas masak iaitu ketika alatan terbabit masih lagi dalam keadaan SUAM. Jangan lupa lindungi tangan anda sekali.

Friday, July 4, 2008

Tip Menjimatkan Masa - Hanger tidak licin

Assalamualaikum,

Adakah baju anda sering terjatuh daripada hanger? Cuba tip ini, ikat rubber bands dikedua- dua hujung hanger tersebut. Fabrik seperti satin khasnya takkan menggelongsor jatuh kebawah lagi. Cubalah!

Wednesday, July 2, 2008

Tip Menjimatkan Masa - Pasang Spotlight Dalam Almari Pakaian

Assalamualaikum,

Untuk mengelakkan anda membuang masa tercari-cari pakaian di dalam almari pada awal pagi / lewat malam, apa kata anda memasang low-voltage lights dalam almari pakaian anda. Seelok-eloknya, pasang lampu tersebut pada bahagian dalam, atas almari. Bukannya masa sahaja dapat dijimatkan, malah dapat mengelakkan anda daripada terpakai pakaian yang bukan milik anda!

Tip Menjimatkan Masa - Melatih Anak

Assalamualaikum,

Latih anak anda -tidak kira berapa usianya ( lebih awal, lebih bagus) agar mengemas biliknya sendiri sebelum anda menyapu/ vacuum/ mop. Ini dapat menjimatkan masa anda daripada terpaksa meletakkan semula barang-barang ditempat asalnya.

Tuesday, July 1, 2008

Tip Menjimatkan Masa - Jubin extra

Simpan beberapa keping jubin extra di rumah anda. Anda mungkin akan menghabiskan masa berminggu-minggu untuk mencari jubin yang sama padan atau yang seakan-akan sama bagi menggantikan jubin yang rosak kerana fesyen/colour jubin berubah-ubah mengikut masa/trend. Selain dapat menjimatkan masa, ianya dapat menjimatkan petrol dan duit parking juga!