Tuesday, December 27, 2011

Doktor, cucuk mak dia sekali...

Salam,

Beberapa minggu yang lepas saya dan suami telah membawa baby kami ke klinik untuk mendapat suntikan DTP,HIB,IM/oral polio.Seperti yang dirancang,lunch hour suami saya pun tiba menjemput saya dan anak-anak kerana office dekat dengan rumah kami.
Sewaktu menunggu giliran di klinik, suami saya bertanya "bawak kad baby?"
"alamak..lupala nak cepat td takut awak masuk office lambat nanti."alasan saya..
Suami saya balas"dah agak dah.." saya pun apa lagi buat muka seposen la..
Apabila tiba giliran,kami pun masuk kedlm bilik doktor dan doktor pun terus menyapa kami dan berkata"nak cucuk eh?" dengan pantas suami saya jawab"ya..tapi kad baby maknya terlupa nk bawak,doktor tolong cucuk maknya sekali ya.."
Mendengar kata2 suami dapat saya bayangkan betapa geramnya dia kat saya :) mana taknya,kejadian hilang kad (baby health's record) ni dah berlaku pada anak kedua kami..macamana member tak bengang..hehehe..
Anda nak tau apa doktor tu jawab pulak??
"cucuk maknya sekali,ayahnya dua kali!" :)

Muahahahahaaaaaaa(ni penulis yg gelak bukan doktor tu)

Saturday, December 17, 2011

Dah HD!

Salam,
Alhamdulillah selesai sudah suami saya menjalani lasik (eye laser surgery).Buat masa skg ni dia kena jaga pantang larang antaranya tak boleh gosok mata,terdedah dikawasan habuk dan asap,tak boleh beri tekanan kt mata,dan lain2 lagi.Tidur pun kena pakai eye sheild selama 1minggu..dah mcm 'mark of zolo' kata apek dlm cerita p.ramlee.
Bila ditanya,my hubby kata tak sakit langsung.Masa surgery lebih kurang15min tp gedebak gedebuk 2jam jugakla saya dan anak2 menunggu..nasib baik dekat dgn kopitiam yg ada internet laju,bole layan maharaja lawak mega..hehehe..
Bila selesai,saya drive balik rumah sebab vision akan kabur for 2-3 hours..
Ada dua ubat cecair yg perlu dititiskn selang 1 or 2 hr..check up pulak next day after surgery,1week,1mnth and 3mnth after..nasib baik ada credit card HSBC..dpt 20% discount..itupun kalau nk dikira,bole beli macbook air tau..its okla..janji vision dah HD!
P/s Sebulan my hubby kena gantung but tak boleh main futsal..hehehe

Thursday, December 15, 2011

Homemade pizza

Salam,
dah lama rasanya tak buat pizza. Bila tengok pic ni rasa sekarang jugak nak pergi beli oven. Bukannya apa,kalu buat sendiri puas makan..tengok ajela pic tu udang banyak,capsicum besar2..alahai..my dear hubby,agak2 bila mummy boleh dapat oven baru?? :)

lasik ( eye laser surgery )

Salam,

Beberapa hari lagi suami saya akan buat pembedahan lasik ( eye laser surgery ). Saya harap semuanya akan berjalan lancar sebab tak sabar tengok dia free..bukannya apa, maintenance pakai cermin mata ni kalu dihitung sama kosnya dgn buat pembedahan lasik dan yang paling saya kesian tengok suami saya adalah bila dia nak bergurau dgn anak-anak dan baby baru kitaorang...tertanggallah..baby tariklah..terjatuh dan macam2 hal lagilah. Kalau nak main futsal pulak, asyik nak kena beli contact lense.
Buat suamiku yang kucintai, bila dah selesai buat pembedahan lasik nanti, make sure kita videokan upacara membuang semua cermin mata dan contact lense yang ada..hehehe..

p/s waktu berdating dulu boyfriend (suami) selalu ngadu mata kering..

Wednesday, December 14, 2011

Hantu Pokok Pisang

Salam,
Harini aku nak cerita pasal kakak aku sorang ni. Malam semalam dia dtg rumah aku lepak2 then after makan dia pun lepak pulak dekat balcony..tiba2 dia panggil aku dlm keadaan ketakutan.
Aku pun datang menghampiri dia dan terus dia tunjuk kearah semak samun depan rumah aku sambil mengatakan ada orang pakai telekung tengah duduk kat situ.
Berderauuuuuu...darah aku sebab aku pun nampak benda yang dia cakap tu. Apa lagi aku pun terus tutup muka tak nak tengok selanjutnya.
Bila kakak aku dah balik, aku pun ceritalah kat suami aku, dia kata pokok pisang memang macam tu bila waktu malam..especially bawah daunnya yg disinari cahaya lampu..
hampeh... Kalau dah memang penakut..

Monday, December 12, 2011

Wallpaper






Salam,
Salah satu game favourite penulis kat ipad2 adalah subcostume..ni adalah contoh yang penulis rasa agak cun gakla..hehehe masuk bakul angkat sendiri

Khasiat Bawang putih

Salam,
Tahukah anda Bawang Putih(Allium Sativum) merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna kerana keberkesanannya merawat pelbagai jenis penyakit kronik antaranya:
  1. Tekanan darah tinggi,
  2. Masalah pernafasan
  3. Kencing manis
  4. Permasalahan wanita
  5. Tahap kolesterol
manakala petua orang-orang tua pula, bawang putih digunakan untuk merawat panau.
Jadi, mulai harini, banyakkanlah bawang putih dalam masakan..bukannya susah kan?

p/s Teringat lauk kesukaan bonda..ikan parang goreng kicap ditabur dengan bawang putih goreng...pergh..meleleh air liur..insyaAllah satu hari nanti penulis upload gambar masakan tu..
bye...

Selamat Mencuba!